Titik seni membajai jiwa terasa luas hamparan subur tumbuh merata-rata berseni di tinta rasa Seni ini berhuni di hati Seni Ilahi kurnian ¬†Ilahi Lalu, titik seni meragut muzika dilema dunia terbelit langkah telah meranumkan pepohon cinta aksara C I N T A¬†merata-rata ! Ku lihat kanan dan kiri dipenuhi Kebesaran Ilahi Ku lihat kanan dan kiri bertemu titik keseimbangan menawarkan logika muzik seni fikiran Membisikkan sayu Luluh asaku ! Gugur kalimat dunia di kalbu Oh, Tuhan Seni-Mu nan indah! Seni yang membuai sukma membawa aku ke daratan membajai keindahan bercambah di batas-batas mahar sebuah tulisan LILLAHI TAALA…  BACA SETERUSNYA