Penyakit talasemia membawa kepada Penyakit anemia. Jadi, boleh jadi juga Anemia itu Talasemia dan Talasemia itu Anemia. Eh, bagaimana tuh? Hurmm…apa sebenarnya anemia tu ya? Hehe. Oklah, sebenarnya… “ Anemia adalah keadaan di mana paras hemoglobin dalam darah seseorang adalah kurang dari bacaan normal.” Dan… Bacaan hemoglobin inilah yang menjadi penentu jika seseorang itu ada anemia atau tak. Baca juga : Penyebab utama anemia Bagaimana talasemia dikaitkan dengan kekurangan hemoglobin dalam darah? Baiklah sebelum menjawab persoalan di atas, apa kata kita ketahui terlebih dahulu, ‘apa itu talasemia?’ secara terperinci. Hihi. Gambar ihsan Google Petunjuk 1) warna merah tu adalah pesakit talasemia, manakala 2) warna hitamBACA SETERUSNYA

Terdapat beberapa faktor atau penyebab yang menjadikan seseorang itu mengalami anemia. Bacaan Hb “Anemia juga dikenali sebagai suatu keadaan di mana paras hemoglobin lebih rendah dari bacaan normal” Baca juga : Penyebab utama anemia Mengapa Shaklee? Tahukah anda, di Shaklee terdapat beberapa suplemen atau nutrisi sihat yang menyediakan keperluan bagi bekalan sumber zat besi, vitamin B12, asid folik dan lain-lain untuk penjagaan kesihatan berpanjangan. Setiap suplemen yang dihasilkan dari kilang Shaklee juga dijamin, ‘Sentiasa Selamat, Berkesan dan Mesra Alam’, inshaAllah. Untuk memenuhi keperluan individu yang menderita anemia, sama ada disebabkan kekurangan zat besi atau vitamin B seperti B12 dan asid folik, Shaklee ada menawarkan bekalanBACA SETERUSNYA

Anemia adalah suatu keadaan di mana terdapat kekurangan sel darah merah di dalam peredaran darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dipanggil haemoglobin. “Anemia bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi.” Paras haemoglobin yang normal adalah: Perempuan : 11.5 hingga 16.5g/dL Lelaki          : 12.5 hingga 18.5g/dL   Kehilangan darah (sama ada akut atau kronik) Kehilangan darah yang akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah. Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan. Kekurangan zat besi Kurang penghasilan selBACA SETERUSNYA

Pernah tak ‘cuba-cuba’ tanya soalan ni sebelum anda sampai kepada info dalam entri ini? Hih. SC sendiri tertanya, tanya. Tapi itu cuma beredar jauh di sudut hati yang paling dalam. “Mengapa darah berwarna merah ya?” Umum kita tahu bahawa dalam darah, ada sel darah merah. Sel darah merah ini dikenali sebagai eritrosit. Hemoglobin… Manakala dalam sitoplasma eritrosit (sel darah merah) terdapat Hemoglobin, ataupun Hb (nama singkatan bagi Hemoglobin). Hb adalah sejenis molekul protein yang mengandungi zat besi. Kalau nak tahu, sebenarnya ion zat besi, Fe+2 inilah yang memainkan peranan penting dalam menjadikan warna merah pekat kepada darah kita. Jika seseorang mengalami kekurangan hemoglobin, apakah kesan terhadapBACA SETERUSNYA

“Diabetes atau kencing manis dikaitkan dengan kandungan gula dalam darah.” Apabila kandungan gula tinggi dari paras normal, individu tersebut berisiko mendapat diabetes. Berapakah bacaan gula dalam darah pesakit diabetes? Secara umumnya kita boleh melihat bacaan di bawah ini :  A. ‘Fasting Blood Glucose’ Bacaan ketika seseorang itu diminta untuk ‘berpuasa’. Keputusan bacaan glukosa: dari 70-99mg/dL (3.9-5.5 mmol/L) – NORMAL dari 100-125 mg/dL (5.6-6.9 mmol/L) – BERISIKO UNTUK MENDAPAT DIABETES 126 mg/dL (7.0 mmol/L) dan ke atas – SIABETES   B. ‘Oral Glucose Tolerance Test’ (OGTT) Selepas darah diambil, individu akan diminta untuk makan dan minum seperti biasa kemudian darah diambil lagi untuk ujian kedua ini.BACA SETERUSNYA

“Tekanan darah awak 134/99. Tekanan ni dalam kategori ‘agak tinggi’. Tapi, ada banyak faktor yang menyebabkan bacaan sekarang tinggi. Mungkin sebab tadi awak ada ambil makanan yang banyak kandungan garam. Awak ada bersenam tak?”, tanya Pakar Nutrisi kemudian. Saya jawab ‘tak’. Dan memang benar sebelumnya saya ada mengambil makanan tengah hari, iaitu Sup Tom Yam campur plus nasi dengan teh lemon panas. Mungkin juga salah satu penyebab tekanan darah saya tinggi pada waktu itu berpunca dari makanan ‘bergaram’ (Sup Tom Yam rasanya fuh! masin…tapi bedal juga sebab dah lapar sangat) yang saya ambil. Selain itu, saya mengaku memang saya tidak ‘aktif’. Apalah sangat dengan rutinBACA SETERUSNYA

Apakah faktor yang perlu diketahui oleh wanita bagi membantu menangani masalah keptuhian ini? Keputihan sememang suatu masalah berkaitan ‘kebersihan’ betul? Wanita dan kebersihan adalah melambangkan sebuah kecantikan. Jika wanita ingin tampil cantik, itu bermaksud dia tidak mengabaikan kebersihan diri. Tepatnya, wanita perlu menjaga bukan sahaja kecantikan luaran atau kebersihan tubuh yang mudah dilihat, malah kecantikan dan kersihan dalaman juga harus menjadi keutamaannya. Jom ketahui antara faktor penyebab masalah keputihan di kalangan wanita di bawah ini.   Faktor yang menyebabkan keputihan Faktor kebersihan Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku. Wanita digalakkan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih.BACA SETERUSNYA

Jika sebelum ni SC ada kongsikan entri berkaitan faktor-faktor penyumbang masalah keputihan, jadi kali ni pula SC nak kongsi 13 langkah yang boleh diambil bagi tujuan pencegahan terhadap masalah keputihan ini. Apakah langkah-langkah tersebut? Jom ikuti baca perkongsian di bawah…   13 LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH KEPUTIHAN 1. Kebersihan faraj Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering. 2. Penggunaan ‘bahan pencuci’ Elakkan penggunaan pembersih faraj yang mengganggu kestabian pH atau menyebabkan kegatalan. 3. Penggunaan tuala wanita Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa haid. 4. ‘Panty liner’ Gunakan pelapik seluar dalam atau panty liner pada saat yang diperlukan sahaja. 5. Pemakaian seluar ketat ElakkanBACA SETERUSNYA

Jika tidak dirawat dan masalah ini berlanjutan untuk tempoh masa yang lama, ia dikatakan boleh mengundang kepada masalah kesihatan yang lebih teruk! Sukar nak digambarkan sebab SC sendiri pun terkejut setelah mendapat tahu info ini dari portal rasmi myhealth.gov.my. Apakah yang menyebabkan masalah ini dikategorikan sebagai suatu yang ‘kronik’? Dan bagaimana ia terjadi?   Hubungan mikroorganisma dengan penyakit keputihan Terdapat bakteria semula jadi yang sangat berguna pada bahagian faraj dikenali sebagai Lactobacillus. Fungsi bakteria ini adalah untuk mengekalkan pH bahagian faraj antara 3.5 hingga 4.6 iaitu dalam persekitaran keasidan. Keadaan berasid ini dikatakan mampu melindungi faraj daripada jangkitan kuman. Jika jangkitan kuman berlaku, ini disebabkanBACA SETERUSNYA

Jika penyakit gout disebabkan berlebihan kandungan asid urik dalam badan. Maka, pesakit gout perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan asid urik. Cuba tanya sikit soalan ni…hehe (akan saya jelaskan sejelas-jelasnya, insyaAllah).   “Apa itu asid urik ek?” Asid urik adalah bahan kumuhan yang berasal dari sejenis protein yang dipanggil ‘purin’. Jika bahan kumuhan ini tidak dibuang melalui air kencing (masalah bagi pesakit gout), dari situlah terjadinya lebihan asid urik dalam badan. Akhirnya, lebihan ini berkumpul di dalam sendi-sendi badan dan menyerang individu yang tergolongan dalam kumpulan pesakit atau penghidap gout.  Gambar ihsan Google Ini pula antara tanda-tanda penyakit gout: Biasanya ia menyerang bahagian ibuBACA SETERUSNYA