Titik-titik Seni

Titik-titik Seni

Titik seni membajai jiwa

terasa luas hamparan subur

tumbuh merata-rata

berseni di tinta rasa

Seni ini berhuni di hati

Seni Ilahi kurnian  Ilahi

Lalu,

titik seni meragut muzika

dilema dunia terbelit langkah

telah meranumkan pepohon cinta

aksara C I N T A merata-rata !

Ku lihat kanan dan kiri

dipenuhi Kebesaran Ilahi

Ku lihat kanan dan kiri

bertemu titik keseimbangan

menawarkan logika muzik seni fikiran

Membisikkan sayu

Luluh asaku !

Gugur kalimat dunia di kalbu

Oh, Tuhan

Seni-Mu nan indah!

Seni yang membuai sukma

membawa aku ke daratan

membajai keindahan bercambah di batas-batas

mahar sebuah tulisan

LILLAHI TAALA…

 

Leave a Reply