Sangka Baik Kepada Tuhan Suatu Kepuasan Insan!

Sangka Baik Kepada Tuhan Suatu Kepuasan Insan!

 

Gambar hiasan

Pagi yang redup suasana sepi di pagi hari. Aku melihat keluar jendela, rupanya mendung menjelma bersama bunyi di langit.

Aku sedikit sayu. Sendirian dalam dunia seorang wanita. Namun aku bersyukur kerana Allah berikan aku kekuatan! Ya. Ramai wanita yang sepertiku menerima ujian yang lebih besar dari ini.

Sebab itulah jauh di sudut hati aku tetap memberi alasan kepada hati, agar tidak terlalu mempersoalkan, mengapa hidupku begini?

Ini semua ujian-Nya.

Apa yang kita mahu mungkin tidak baik untuk kita sebab apa yang kita tidak mahukan, itu yang Allah beri. Sebabnya itulah yang terbaik!

Alhamdulillah.

Jika rasa tidak baik itu ‘baik’? Jadi kitalah yang perlu memahamkan hati kita agar tidak luput dalam ketidakpuasan. Bersabar dalam pencarian hikmah di setiap perkara yang ditakdirkan buat kita. InshaAllah.

Aku belajar membilang hari untuk sampai ke kemuncak impianku. Aku sedar bahawa dalam episod perjuangan ini adakalanya susah senang bergantian menyapa hari-hariku. Aku terima.

Aku berdoa semoga Allah memberiku kealpaan agar aku lupa pada soalan ini : MENGAPA HIDUPKU BEGINI?

Semoga aku tetap dalam pendirianku, melalui ujian dunia di dalam genggaman untukku lepaskan jua ketika aku dipanggil pulang ke pangkuan-Nya. Ketika itu aku pergi tanpa rasa apa-apa meninggalkan dunia. Aku pergi dengan tenang dan aman seperti membuka genggaman tangan secara perlahan lahan (melepaskan dunia dan hiasannya).. Aamin Ya Allah.

Cukuplah di dalam hati, hidup subur dalam persangkaan baik kepada Tuhan. Aku bahagia! Terima kasih Ya Allah mengurniakan benteng serta perisai di hatiku agar dunia tidak mampu menembusinya bersama godaannya.

Syukur, Alhamdulillah…

 

09:23 ISNIN, 22 OGOS 2016

Leave a Reply