Cara beli online produk Shaklee

Cara beli online produk Shaklee

Assalamualaikum dan salam sihat ceria dari SC…

Adakah anda tahu cara nak beli produk Shaklee secara online? Ianya sangat mudah tapi perlukan ‘keberanian untuk tahu’ dan belajar buat sendiri. Hehe.

Meh, SC nak kongsikan beberapa panduan asas (mudah sangat…hihi) pembelian secara online melalui Website Shaklee Malaysia.

 

Ok, jom mulakan dengan Langkah 1 ya. Dan ikuti jek langkah-langkah seterusnya (ada 3 Langkah utama jek yang SC nak kongsikan dalam entri kali ini).

beli

Langkah 1 – Login akaun

  • Pergi ke WEBSITE: shaklee2u.com.my
  • Pilih bahasa
  • Masukkan nombor ID
  • Masukkan password – klik HANTAR

beli2

Langkah 2 –  Pembelian / Alamat penghantaran

  • Klik menu ‘Membeli-belah’

beli2a

  • Pilih SETUJU – klik SETERUSNYA

beli2b

  • Lengkapkan maklumat / alamat penghantaran:

Nama penuh
No. tel. *bermula dengan angka 6 dan no seterusnya
Emel
Alamat
Pilih negeri
Pilih bandar dan poskod – klik SAHKAN

beli2c

  • Senarai Troli Belanja, pilih ITEM / PRODUK

beli2d

  • Klik TAMBAH KE TROLI BELANJA

beli2e

  • Pilih TERUSKAN PESANAN jika nak menambah item / produk dan,
  • Klik HANTAR *Pilih BATAL jika ingin membatalkan produk

beli3

Langkah 3 – Pembayaran

  • Pilih Kad Kredit Dalam Talian – klik SAHKAN CARA PEMBAYARAN

beli3a

  • Klik PILIH KAD KREDIT BARU (jika data kad belum disimpan)

beli3b

  • Isi maklumat Kad:

Pilih Jenis Kad
No. kad
Tarikh luput kad mengikut fomat MMYYYY cth: 02/22. Tulis seperti ini -> 022022
No. 3 digit di belakang kad (CVV2 & CVC2
Nama penuh
Pilih pilih ingin simpan data kad atau abaikan – klik SILA SAHKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN

Tahniah !!!

Ok dah. Itu jek 3 Langkah asas yang paling penting bagi pemula atau Pengedar Baru. Jika anda sampai ke tahap ini, anda sebenarnya sudah berada sangat hampir ke proses terakhir pembelian produk.

Untuk langkah seterusnya (yang tidak dikongsikan di sini) anda hanya perlu ikuti beberapa arahan sahaja. Hehe. ‘Kalo tak silap’ ada dua arahan terakhir iaitu 1) PENGESAHAN PESANAN dan 2) PESANAN BERJAYA) dan kedua-dua langkah ni sangat senang!

SC doakan anda semua berjaya ya. Chaiyokkk !

Pesanan: Jika anda perlukan bantuan atau terdapat sebarang keraguan semasa melakukan proses pembelian tersebut, bolehlah berhubung terus kepada SC. Boleh, tiada masalah…hehe. Usah malu dan segan pula tau !

 

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply