Tips tentang ikan masin

Tips tentang ikan masin

Ikan masin merupakan bahan dalam masakan yang tidak asing lagi kerana rasa serta aromanya bisa memikat selera sesiapa yang melihat masakana tersebut. Apatah lagi jika sajian yang dihidangkan benar-benar kena dengan gaya masakannya..huhu.

SC nak share tips berkaitan ikan masin pada entri kali ini. Jom sama-sama ikuti tips yang SC sediakan ni.

Tip Pertama- Ikan masin tidak dihinggapi lalat

Bersihkan ikan, taburkan garam kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 5 hingga 6 jam. Selepas itu keluarkan dan anda bolehlah jemurkan ikan masin tersebut.

Tip Kedua- Goreng ikan gelama masin

Ikan gelama masin jika digoreng memang selalu kepalanya terpisah dari badan atau kadang-kadang hancur apabila dibalikkan dan diangkat setelah masak.

Tip menjadikan gelama masin yang digoreng itu cantik adalah dengan membersihkannya seperti biasa. Kemudian, ambil sedikit tepung gandum dan taburkan atau lumur pada ikan masin tersebut barulah digoreng.

Tip Ketiga- Kurangkan masin ikan masin

Rendam ikan masin dengan sabut kelapa selama 2 jam. Kemudian, basuh dan jemurkan di tengah panas.

Ketika hendak menggoreng, rendam ikan masin di dalam bekas berisi air garam. Garam yang direndam dalam air tersebut akan menyerap semula garam daripada ikan masin tersebut.

Selamat mencuba tips ni !

Leave a Reply