Tip elak ikan melekat pada kuali

Tip elak ikan melekat pada kuali

 

Apabila ikan melekat pada kuali, tentu hasilnya nanti agak mengecewakan, betul tak? Hehe. Jika kita dan suami je yang makan ikan tu takpelah, tak kisah sangat.

Namun, jika hidangan ikan yang kita masak tersebut adalah untuk para tetamu atau saudara mara yang berkunjung ke rumah tentu rasa segan dan sedikit rendah diri…huhu.

Kali ni SC nak kongsi tip mengelakkan ikan melekat pada kuali yang SC perolehi melalui pembacaan. Jom kita semak tip ini untuk kebaikan bersama ye.

Tip Pertama

asam gelugur

Asam gelugor

Panaskan minyak bersama 2 atau 3 keping asam gelugor atau asam keping. Setelah panas baru masukkan ikan. Asam itu boleh dikeluarkan atau dibiarkan, tidak mengapa kerana ia tidak menjejaskan rasa ikan yang digoreng.

Tip Kedua- Kuali baru

g hampas kelapa

Hampas kelapa

Kuali baru itu dipanaskan dan goreng sedikit hampas kelapa tanpa menggunakan minyak sehingga hampas itu kekuningan. Basuh kuali tersebut sebelum digunakan untuk menggoreng ikan.

Tip Ketiga

garam

Garam halus

Semasa panaskan minyak, masukkan sedikit garam halus dalam minyak tersebut. Kemudian, barulah menggoreng.

Selamat mencuba!

Leave a Reply