Garam melawan Darah Tinggi

Garam melawan Darah Tinggi

Apakah faktor yang mempengaruhi tekanan darah kita?

Berdasarkan sumber yang saya perolehi dari website myhealth.gov.my, terdapat dua faktor yang dibincangkan dalam artikel tersebut. Faktor pertama pengambilan garam atau natrium dan yang kedua ialah pengaruh berat badan.

Garam yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah. Memang tidak dapat disangkal segala apa yang diberitahu oleh Pakar Nutrisi sewaktu saya menjalani pemeriksaan tekanan darah.

Soalan pertama yang keluar adalah, “Awak ada ambik makanan bergaramkah sebelum buat pemeriksaan ni?”

Dalam hati dan bibir, mengiyakannya kerana saya memang ada makan makanan yang tinggi kandungan garam sebelum sampai tadi.

Hurmm…apa yang saya dapat daripada kejadian tersebut ialah pesakit tekanan darah tinggi perlu mengelakkan daripada mengambil garam berlebihan.

Berapa nisbah atau kuantiti yang dikatakan ‘berlebihan’ itu? Ia berlebihan jika mengambil melebihi  6 gm sehari. 6 gm tersebut adalah bersamaan dengan 2 gm natrium atau 1 sudu teh sehari.

Apa? 1 sudu teh? Owahh…asa-rasanya saya memang terlebih lah ni. Bukan apa, mana nak letak garam dalam masakan jenis lauk, sayur-sayuran lagi? Kalo makan tiga kali sehari, iaitu masak untuk sarapan, tengah hari dan malam cuba bayangkan? Sudah pasti terlebih garam, kan?

Huhuhu…kalo ada sesiapa yang belum ada penyakit seperti ni tak kisahlah sangat, sebab organ yang terlibat serta saluran darah mereka masih sihat. Dan masih mampu mengawal tekanan darah normal.

Tapi…buat mereka yang sememangnya telah disahkan mempunyai tekanan darah yang tinggi tu, wajarlah mengambil langkah-langkah pengawalan kandungan gula dalam makanan atau sajian mereka.

Baiklah untuk itu, saya ingin berkongsi berkenaan kandungan garam dalam makanan yang kita ambil setiap hari. Adakah kita perasaan hal-hal seperti ini? Di mana terdapat makanan di dapur kita yang kita beli dan tambahkan dalam masakan, namun sebenarnya membawa kepada penyakit ini.

Jom semak sama-sama kandungan garam dalam makanan kita.

Kandungan garam dalam makanan

Kandungan ini berdasarkan kuantiti garam dalam makanan sama ada rendah, sederhana dan tinggi.

Kandungan garam yang rendah:

-> Buah-buahan

-> Sayur-sayuran

-> Minyak sayuran

-> Lemak

-> Gula

-> Tepung

-> Nasi

-> Roti putih

-> Roti mil penuh (roti berserat tinggi)

-> Bijirin

-> Kekacang

Kandungan garam yang sederhana:

-> Daging

-> Ikan

-> Telur

-> Susu

Kandungan garam yang tinggi:

-> Agen perasa: kicap, sos berbeku, tauchu, sos cili, sos tiram, sos tomato

-> Ekstrak: sayuran (marmite), daging (Bovril)

-> Penambah perasa: Monosodium Glutamat (kiub perasa)

-> Agen penaik: serbuk penaik berasaskan natrium, soda bikarbonat

-> Krim salad: Salad cream, Mayones

-> Makanan terproses: Makanan dalam tin, bijirin (sedia makan), keju, sup sedia dimakan

-> Makanan diawet: ikan masin, telur masin, daging yang diawet, sosej, daging burger, jeruk buah-buahan, jeruk sayur-sayuran, belacan, budu

Haa…rupanya dalam makanan pun sudah ada kandungan garam yang tertentu. Saya tak perasanpun selama ini pasal segala jenis sos dan bijirin (sedia makan) mengandungi garam yang tinggi.

MasyaAllah… Banyaknya jenis makanan tersebut, ya? Hurmm..selepas ini saya kena perhatikan dengan teliti bab pemakanan ni terutamanya yang jenis makanan yang tinggi kandungan garamnya, inshAllah.

“Kurangkan garam dalam masakan agar kandungan garam yang memasuki tubuh tidak terlampau tinggi sehingga menyebabkan tekanan darah meningkat..huhuhu”

Bagaimana menambah perisa dalam makanan kita, tanpa menggunakan agen perasa seperti diatas?

Ok. Kita sebenarnya boleh menggunakan rempah ratus, herba, bawang putih, bawang merah dalam masakan. Kesemua bahan ini adalah semula jadi dan bebas bahan kimia atau perisa tiruan.

Selain itu kita juga boleh mengambil perahan jus limau untuk menggantikan garam dalam masakan.

Penurunan berat badan

Faktor peningkatan tekanan darah yang kedua (seperti yang kita bincangkan di awal perenggan) pula boleh diatasi jika kita berjaya menurunkan berat badan kepada berat ideal dan sihat.

Manakala, jika berat badan tidak berubah atau malah bertambah…itu adalah petanda yang tidak baik. Justeru penurunan berat badan bukanlah pilihan lagi kerana untuk kekal sihat, kita perlu berusaha demi mendapatkan berat badan yang ‘sihat’ juga.

Senaman secara teratur adalah penting sebenarnya dalam proses ini. Jika senaman dilakukan dengan disiplin, ditambah pula pengambilan diet pemakanan yang sesuai, inshaAllah individu tersebut pasti mendapat hasil yang diinginkan.

Semoga kita mampu mengembalikan kesihatan yang diidam-idamkan serta dapat mengekalkannya untuk tempoh masa yang panjang, inshaAllah.

Leave a Reply