Seandainya kesusahan itu ‘wang’, ia pasti ‘membeli’ kebahagiaan !

Seandainya kesusahan itu ‘wang’, ia pasti ‘membeli’ kebahagiaan !

“Sesuatu boleh dibeli dengan wang, betul?”

Apa sahaja yang memerlukan tukaran mata wang boleh dibeli mengikut nilai yang ditawarkan. InsyaAllah, begitu mudahnya untuk kita memiliki sesuatu yang ‘berharga’.

Namun jangan dilupakan, wang bukan segalanya termasuk dalam mengejar kebahagiaan perasaan. Dan, hanya yang ingat akan Tuhannya biasa menjadi insan yang paling tenang di dunia, inshaAllah.

“Seandainya kesusahan itu ‘wang’, ia pasti membeli kesenangan .”

Bolehkah kesenangan dibeli dengan wang ataupun duit? Tentu majoriti setuju untuk menyatakan ‘tidak’, bukan?

Namun, seandainya kesusahan itu ‘duit’ ia pasti membeli kesenangan dengan izin Allah !

Sudah pasti! Saya percaya, seandainya kesusahan itu dihadapi kerana Allah, Allah pasti memberikan bahagia-Nya kepada sesiapa yang bersusah-susah kerana-Nya. Masih ingatkah kita?

“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”

 

(Surah Al-Syarh ayat 5 dan 6)

Kalam Tuhan yang disebut dua kali ini mempunyai maksudnya yang sama. Betapa kesusahan yang kita hadapi di jalan Allah mempunyai tinggi darjatnya di sisi Allah. Malah, kesusahan dalam kesabaran kita mempertahankan segala sesuatu yang Allah suka adalah antara jalan memiliki kebahagian yang kekal (Syurga).

Kehidupan di dunia ini perlukan ‘sesuatu’ untuk mendapat sesuatu. Dan selalunya untuk memperolehi seuatu yang lebih bernilai memerlukan kerja keras dalam menggapainya.

Sebab itulah kita perlu terima hakikat bahawa, kita perlu “bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.”

Susah dalam usaha yang kita lakukan ditambah dengan doa dan penyerahan total kepada Allah itulah formula sebuah kejayaan dan kebahagiaan!

Percaya atau tidak? Mengharungi kepayahan yang disangka ujian Allah itu jauh lebih membuat hati kita aman dalam setiap kesusahan yang kita alami. Ini kerana kita yakin bahawa, setiap ujian itu merupkan isyarat ‘Cinta’ dari Yang Maha Pengasih. Subhanallah…

Jika dengan ujianlah kita layak menjadi hamba yang tinggi darjatnya di sisi Allah, lalu terima ujian yang ada dalam hidup ini dengan penuh sabar dan kuat! Bukan malah membuat kita lemah dan terus menerus dalam ‘kelemahan’ dan kesusahan.

Susah yang kita rasakan itu sepatutnya membuat kita kembali bertenaga, kembali memulakan langkah baru dengan ‘formula kebahagiaan’ tadi. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang ‘penat’ dalam kesusahan tanpa berusaha.

Sekali lagi teman, ingatlah bahawa:

“Seandainya kesusahan itu ‘wang’, sudah pasti ia bisa membeli kebahagian dengan izin Allah”

 

Kuatkan kesabaran kita.

 

Kuatkan diri kita dengan banyak melakukan amalan hanya untuk ‘suka’ Allah. Semoga dengan apa yang kita lakukan, dengan niat yang ikhlas itu bisa menjadi asbab rahmat dan kasih sayang Allah sampai pada masa dan situasi yang tepat ketika kita benar-benar memerlukannya. Tak kira sewaktu kita di dunia, apatah lagi di akhirat nanti kita sememangnya berhajatkan Syurga Allah untuk kita diami buat selama-lamanya…Insya-Allahh, aamiiinn..!

 

Leave a Reply