Cara penyimpanan suplemen

Cara penyimpanan suplemen

Bagaimana kita menyimpan suplemen dengan betul?

Jom ketahui cara penyimpanan suplemen yang betul bagi mengelakkan suplemen tersebut:

  • rosak
  • tercemar
  • tidak tahan lama dan sebagainya.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu  dipatuhi serta dielakkan sebagai jaminan kualiti suplemen yang berkekalan (sebelum tarikh luput):

Tempat selamat

Simpan suplemen anda di tempat yang selamat dan dikhaskan supaya mudah dicari

Mengikut suhu

Simpan mengikut suhu yang disarankan (rujuk label) contoh suhu ruang peti sejuk, tempat dingin bilik berhawa ataupun suhu bilik

Bekas asal

Simpan suplemen dalam bekas asal supaya memudahkan anda mengetahui maklumat penting seperti tarikh luput suplemen

Jauhkan dari kanak-kanak

Simpan di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak

Amaran !!!

Kereta

Jangan simpan suplemen di dalam kereta dalam jangkamasa yang lama

Cahaya matahari

Jangan simpan suplemen di tempat yang tidak terdedah kepada cahaya matahari, suhu tinggi dan di kawasan yang lembap seperti di tepi tingkap, atas peti sejuk dan di dalam bilik mandi

Peti sejuk

Jangan simpan suplemen di dalam peti sejuk jika tidak diarahkan (rujuk label)

Label

Pastikan label suplemen tidak rosak sebagai rujukan termasuk tarikh tamat luput dan lain-lain.

 

Leave a Reply