Tanda-tanda bayi telah cukup ‘minum’

Tanda-tanda bayi telah cukup ‘minum’

Bagaimana ibu-ibu nak pastikan si manja minum secukupnya terutama bagi baby yang berusia 0-6 bulan? Berikut ada 4 tanda yang boleh dijadikan panduan bersama ibu-ibu di luar sana..hehe.

 

1. Berat badan 

Jika berat badan bayi naik disebabkan meminum susu ibu sahaja, itu petanda bayi minum cukup.

Namun, dikatakan pada usia 3 hari sehingga 4 hari bayi akan mengalami penurunan berat badan iaitu 5% hingga 7% dan ini adalah normal. Jadi harapnya agar para ibu jangan bimbanglah ya kerana ini normal sahaja.

Manakala berat bayi akan naik semula dalam 10 hingga 14 hari. Purata berat bayi di hari ke-5 adalah 28g atau 198g seminggu.

Jika bayi tidak mencapai berat ini, bawalah berjumpa dengan pakar laktasi untuk mendapatkan khidmat nasihat yang sewajarnya.

 

2. Lampin basah

Jika lampin bayi basah satu lampin sehari dan meningkat ke enam lampin, itu petunjuk yang amat baik.

Untuk mengetahui maksud lampin basah ini adalah dengan cara tuangkan 4 sudu besar air (45ml) ke lampin bersih. Anda dapat perhatikan urin berwarna cerah dan kurang berbau.

Selain itu, jika satu lampin basah sehari pada hari pertama dan meningkat ke enam lampin basah pada hari ke-4 itu juga merupakan petanda yang baik.

 

3. Lampin kotor

Najis bayi berwarna kuning (bukan mekonium) pada hari ke-5. Najis normal lazimnya kuning dan lembut.

 

4. Tanda positif lain

Selepas menyusu, payu dara ibu lebih lembut dan bayi kelihatan kenyang. Bayi juga berkelakuan aktif selepas itu.

 

Itulah antara petanda baik bagi menandakan bayi anda cukup minum atau ‘minum cukup’..hehe.

 

-> Sumber: Majah Pa&Ma