Pelik dengan ‘Melayu berpantang’? Ini ‘kontranya’ makanan sewaktu berpantang..

Pelik dengan ‘Melayu berpantang’? Ini ‘kontranya’ makanan sewaktu berpantang..

Makanan ‘pantang’ ini sudah menjadi tradisi turun temurun orang Melayu. Walaupun ia tidak dibuktikan secara saintifik, namun ramai juga ‘followers’ yang setia mengikuti pantang larang ini demi kesihatan si ibu dan anak ketika dalam tempoh berpantang.

 

Jom ketahui apakah makanan tersebut yang antaranya dianggap ‘bisa’ bagi sesetengah makanan ini:

Rendang ayam, telur, ikan bawal, ikan terubuk, ikan pari dan ikan sembilang

Semua jenis makanana ini dikatakan ‘berbisa’. Berbisa bermaksud boleh melambatkan penyembuhan luka bersalin dan boleh menyebabkan pendarahan. Apabila dimakan, ia boleh mendatangkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

 

Ikan haruan dan yu

Sebaliknya makanan ini pula dikatakan boleh menyembuhkan luka dalaman dan luaran serta membanyakkan susu ibu.

 

Kangkung, petola, terung, timun, tembikai dan pisang

Makanan bersifat sejuk. Kesan memakan makanan ini dikatakan menyebabkan kembung perut, kejang otot dan sakit-sakit badan.

 

Laksa

Kategori makanan ini juga dikatakan sejuk. Bahan-bahan di dalamnya seperti bunga kantan dan daun kesum pula menyebabkan angin dalam badan dan memberi kesan kepada kesihatan berkaitan urat.

 

Ubi-ubian seperti keledek, keladi dan ubi kayu

Ini kerana sifatnya dikatakan mengganggu proses pencernaan dan menyebabkan kembung perut.

 

Peninglah kerana banyak sangat nak kena ‘elak’ untuk dimakan, kan?┬áNamun, walaupun tiada pembuktian terhadap kesahihannya, mengambil langkah berjaga jaga itu lebih baik.

 

Makan sikit atau jika mampu tahan jangan makan langsung jenis makanan ini. Jika nak makan sekalipun biarlah bersederhana (kes-kes tak sengaja mahupun sengaja). Gantikanlah dengan makanan yang lain dan yang mengandungi gizi yang seimbang selain serta sesuai untuk proses pemulihan tubuh nanti.